Tiada Kompromi Dalam Halal, Hukum Syarak

By 6 March 2026May 8th, 2026Halal Articles, Hukum, JAKIM

Pengenalan

Memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bukan sekadar pencapaian simbolik — ia adalah komitmen terhadap hukum syarak, kualiti produk dan amanah kepada pengguna.

Dalam industri yang semakin kompetitif, prinsip “tiada kompromi” menjadi teras kepada integriti sistem halal negara.

KEJAYAAN sesebuah syarikat memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bukanlah satu pengiktirafan simbolik semata-mata, bahkan mencerminkan komitmen tinggi mereka terhadap pematuhan hukum syarak, kualiti produk dan amanah kepada pengguna.

Kompromi 1
tidak boleh berkompromi dalam perkara berkaitan hukum syarak. 

Prinsip Utama: Garis Merah Syarak Tidak Boleh Dilanggar

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Ustaz Taufik Shamsudin menjelaskan, pihaknya tidak menafikan terdapat persepsi dalam kalangan masyarakat dan industri bahawa permohonan sijil halal sering dikaitkan dengan lambat, susah dan mahal.

“Walaupun ia sering disebut dalam bentuk gurauan, pihak berkuasa halal seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melihatnya sebagai satu cabaran yang perlu ditangani secara berterusan.

“Justeru, usaha penambahbaikan sistem pengurusan halal sentiasa dilaksanakan agar proses pensijilan menjadi lebih cekap tanpa menjejaskan prinsip syariah,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pensijilan Halal Kyochon yang diadakan di Aeon Mall Tebrau City, Johor Bahru baru-baru ini.

Kompromi 2
ustaz taufik

1 – Boleh Diselaraskan | Tidak Boleh Dikompromi

Ruang Penyesuaian Teknikal (Boleh Dipertimbangkan):

  • Susun atur dapur untuk kecekapan operasi
  • Dokumentasi sistem pengurusan halal
  • Jadual latihan pekerja
  • Kaedah pembungkusan & pelabelan

Garis Merah Syarak (Tidak Boleh Dilanggar):

  • Penggunaan bahan haram (babi, arak, darah, dll.)
  • Pencemaran silang antara halal & tidak halal
  • Penyembelihan tidak mengikut syarak
  • Pekerja mengendalikan produk halal tanpa pemantauan Muslim

Transformasi Proses

Sebagai langkah proaktif katanya, Jakim sebelum ini menyasarkan tempoh tidak melebihi 30 hari bekerja untuk kelulusan pensijilan halal.

“Pada tahun ini pula, komitmen kami untuk meluluskan SPHM ini dalam tempoh 15 hari bekerja, tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Penambahbaikan ini dilakukan dengan satu prinsip yang jelas iaitu tiada kompromi dalam hukum syarak,” tegasnya.

Syarat Untuk Kelulusan Dalam 15 Hari

Checklist Pematuhan Minimum:

  • Dokumen lengkap & sah
  • Premis memenuhi piawaian fizikal
  • Sistem kawalan halal dilaksanakan
  • Penyelia halal dilantik & terlatih
  • Tiada isu pematuhan sebelumnya

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, dalam aspek teknikal, ruang toleransi dan penyesuaian masih boleh dipertimbangkan namun jika ia melibatkan hukum halal dan haram, ia kelal sebagai garis merah yang tidak boleh dilanggar.

Halal Malaysia: Penanda Aras Kualiti Global

Menurut Ustaz Taufik, pensijilan halal bukan hanya berkaitan dengan apa yang dimakan itu halal dari sudut hukum, malah ia juga membawa maksud jaminan kualiti, kebersihan dan keselamatan.

Kompomi 3
pemeriksaan secara mengejut akan dilakukan bagi memastikan prosedur halal sentiasa dipatuhi. 

“Statistik menunjukkan lebih 2,000 syarikat pemegang sijil halal di Johor dan majoriti daripadanya merupakan syarikat bukan Muslim.

“Ini membuktikan bahasa sijil halal Malaysia ini diiktiraf sebagai tanda aras kualiti dan kredibiliti produk yang merentas agama dan latar belakang,” ujarnya.

Mengapa Jenama Bukan Muslim Juga Memohon Halal?

MANFAATKETERANGAN
Akses Pasaran Lebih LuasBoleh dijual kepada semua kalangan, termasuk Muslim
Keyakinan PenggunaLogo halal = jaminan bersih, selamat & terkawal
Keupayaan EksportDiiktiraf di negara OIC & pasaran global
Nilai JenamaMeningkatkan reputasi & daya saing produk

Amanah Pemegang Sijil

Sambungnya lagi, memperoleh sijil halal bukanlah penamat kejayaan, sebaliknya ia merupakan permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar kepada syarikat berkenaan.

“Setiap syarikat yang menerima sijil halal wajib memastikan jaminan halal dipelihara 24 jam tanpa mengira siang dan malam.

Kompromi 4
permohonan halal akan diproses dalam tempoh 15 hari bekerja. 

“Antara syarat utama yang perlu dipatuhi termasuklah mempunyai penyelia halal daripada pekerja Muslim bagi memastikan pematuhan halal sentiasa terjaga di peringkat operasi harian,” jelasnya.

Pemantauan Berterusan: Audit Tanpa Notis

Bagi mengekalkan integriti SPHM, pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan secara berterasan, ujar Ustaz Taufik.

“Kita akan melakukan audit dan pemantauan secara berterusan selepas ini. Pemantauan mengejut akan dilakukan pada bila-bila masa tanpa notis awal.

“Pendekatan ini bertujuan memastikan jaminan halal benar-benar diamalkan secara konsisten oleh pemegang sijil halal itu,” ujarnya.

Kepercayaan Pengguna

Tambahnya, apabila sesebuah premis atau produk menerima sijil halal, pengguna tidak lagi mempersoalkan status halalnya.

“Kepercayaan ini merupakan amanah besar yang mesti dipelihara agar keyakinan masyarakat terhadap sijil halal Malaysia kekal utuh,” katanya.

Penutup

Kesimpulannya, sijil halal Malaysia dibina atas prinsip ketegasan syarak, ketelusan proses dan amanah kepada pengguna.

Dengan penambahbaikan sistem ke arah kelulusan 15 hari, industri didorong untuk lebih efisien, namun garis merah halal-haram tetap tidak berganjak.

Kepatuhan bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama demi menjaga kepercayaan umat dan integriti jenama halal negara.

Tiada kompromi. Tiada jalan pintas. Halal adalah amanah.

Ringkasan AI :

Sijil Pengesahan Halal Malaysia mencerminkan komitmen syarikat terhadap pematuhan syariah, kualiti produk dan amanah kepada pengguna Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa berusaha menambah baik sistem pengurusan halal agar lebih cekap Komitmen terbaharu adalah meluluskan Sijil Pengesahan Halal dalam tempoh 15 hari bekerja dengan syarat pematuhan yang ditetapkan Pensijilan halal bukan hanya tentang kehalalan produk tapi juga menjamin kualiti, kebersihan, dan keselamatan produk Pemegang sijil halal harus memastikan pematuhan halal 24 jam dan pemantauan serta penguatkuasaan dilakukan secara berterusan untuk mengekalkan integriti sijil.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply