Perbezaan MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA (DOMESTIK) 2020 PINDAAN (MPPHM (Domestik) 2020 Pindaan)

Perbezaan MPPHM (Domestik) 2020 Pindaan dari MPPHM (Domestik) 2020

1. Penambahan rujukan standard antarabangsa (ISO/IEC, OIC/SMIIC) dalam Klausa 1 Tajuk Ringkas dan Pemakaian

(5) Manual Prosedur ini hendaklah dibaca bersama dengan Standard ISO/IEC,
OIC/SMIIC atau mana-mana standard lain yang diperakui oleh Pihak
Berkuasa Berwibawa sekiranya terdapat permintaan pasaran eksport yang
memerlukan standard tambahan selain dari Malaysian Standard;

2. ISPHM dimasukkan secara rasmi dalam Klausa 2 Singkatan

ISPHM – Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia

3. Pelabelan (Subklausa 17(6)) Pembungkusan, Pelabelan dan Pengiklanan memperjelas:

  • Label domestik → Bahasa Melayu
  • Eksport → Bahasa Inggeris dibenarkan tertakluk undang-undang negara pengimport

17(6)(i) Pelabelan produk yang diproses dan dibungkus bagi pasaran Malaysia hendaklah menggunakan Bahasa Melayu dan/ atau Bahasa Inggeris tertakluk kepada peraturan dan perundangan pihak berkuasa yang berkaitan. Produk bagi pasaran luar negara hendaklah tertakluk kepada keperluan pelabelan produk di negara yang berkaitan;

4. Pengendalian Latihan Kesedaran Halal melaui pihak ketiga dalam Klausa 17(c) diringkaskan dan diperincikan dalam 17(i) bersama had eksplisit terhadap latihan oleh Eksekutif Halal Halal /Penyelia Halal.

Latihan kesedaran halal melalui pihak ketiga hendaklah dikendalikan
oleh organisasi yang berdaftar di bawah HPB JAKIM atau Pihak
Berkuasa Berwibawa. Latihan kesedaran halal oleh Eksekutif Halal
dan/ atau Penyelia Halal hendaklah terhad kepada latihan secara
dalaman (in-house training) bagi kakitangan syarikat sahaja.

5. Mewajibkan traceability terhadap setiap aduan dan bukti tindakan pembetulan dalam Klausa 17(14)(e) dan 17(14)(f).

(e) Pemegang SPHM hendaklah menyimpan dan memastikan semua
rekod berkaitan aduan pensijilan tersedia apabila diminta oleh pihak
berkuasa berwibawa; dan
(f) Pemegang SPHM hendaklah mengambil tindakan yang sesuai dan
mendokumenkan tindakan yang diambil terhadap semua aduan
mengenai sebarang kekurangan yang boleh menjejaskan pematuhan
kepada keperluan pensijilan berkaitan produk dan perkhidmatan.

6. Keperluan pematuhan kepada MS2738:2023 Halal Consumable Goods: General Requirements bagi Skim Produk Barang Gunaan, Klausa 18(5).

Keperluan MS2738:2023 Halal Consumable Goods: General Requirements serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah dipatuhi;

7. Kewajipan membuat salinan lengkap SPHM mengikut format ditetapkan dalam Manual, Klausa 36(6).

36(6) Pemegang SPHM hendaklah membuat salinan lengkap SPHM mengikut format yang ditetapkan dalam Manual Prosedur ini untuk rujukan pihak berkaitan jika diperlukan.

8. Penambahan 2 keputusan pengauditan Pensijilan Halal Malaysia dalam Klausa 48(1), Bidang Kuasa (perubahan Struktur penomboran)

(d) Penarikan balik SPHM;
(e) Penggantungan SPHM;

9. Tambahan kuasa membekukan akaun permohonan dalam klausa 48(2) (perubahan Struktur penomboran)

Panel Pengesahan Halal Malaysia hendaklah berkuasa menimbang, menilai,
mengkaji dan membuat apa-apa keputusan terhadap isu-isu yang berbangkit berkaitan Pensijilan Halal Malaysia termasuklah membekukan akaun permohonan syarikat dan/ atau pemohon;

10. Sampel bagi tujuan SPHM hanya dihantar bagi 2 makmal sahaja dalam Klausa 55 Makmal Analisis

(a) Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC); atau
(b) Jabatan Kimia Malaysia.

11. Lain-lain sampel bagi tujuan selain SPHM boleh dihantar ke makmal ISO/IEС 17025 oleh pihak syarikat/pemohon.

55(2) Lain-lain sampel bagi tujuan selain dari pemantauan dan penguatkuasaan Pensijilan Halal Malaysia yang dilaksanakan secara kendiri oleh pihak syarikat dan/ atau pemohon boleh dihantar ke makmal yang diakreditasi di bawah ISO/IEС 17025 dan tertakluk kepada skop yang diakreditasi.

12. Peruntukan tandatangan Perjanjian Pensijilan Halal telah dikeluarkan daripada klausa 56 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.

13. Perubahan daripada “Fast Track” → “Audit Segera” dalam Klausa 57(5).

Leave a Reply