Pengenalan

Memastikan setiap suapan yang masuk ke dalam tubuh adalah halal bukan sekadar tuntutan agama, tetapi asas kepada kehidupan yang diberkati. Terutama selepas bulan Ramadan, umat Islam perlu terus istiqamah menjaga kehalalan makanan, sama ada di rumah mahupun ketika menjamu selera di luar.

Kita perlu memastikan setiap suapan hendaklah halal terutamanya ketika menjamu selera di luar rumah.

UMAT Islam kini berada di penghujung bulan Syawal iaitu bulan kemenangan setelah melalui madrasah Ramadan yang penuh dengan tarbiah iman dan takwa.

Suapan 1
kita perlu memastikan setiap suapan hendaklah halal terutamanya ketika menjamu selera di luar rumah.

Kepentingan Makanan Halal Dalam Pembentukan Diri

Dalam bulan Ramadan, kita begitu menjaga setiap suapan, berbuka dengan makanan yang halal lagi baik, bangun sahur dengan penuh disiplin, bahkan berjaya menahan diri daripada perkara-perkara yang syubhah.

Persoalannya, apakah semangat itu kita teruskan selepas Ramadan? Atau kembali longgar dalam memilih apa yang masuk ke dalam tubuh kita?

Hakikatnya, apa yang masuk ke dalam tubuh kita hari ini akan membentuk siapa kita pada esoknya.

Ketahuilah makanan yang masuk ke dalam perut bukan sahaja sekadar untuk menghilangkan lapar, tetapi ia juga merupakan sumber keberkatan hidup, ujar khatib pada permulaan khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) baru-baru ini.

Pandangan Imam Ar-Razi: Halal Didahulukan Sebelum Amal Soleh

Menurut JHEAIPP, Imam Ar-Razi menegaskan, ALLAH SWT mendahulukan makanan yang halal lagi baik daripada melakukan amalan soleh.

Ini memberi petanda kepada manusia bahawa pengambilan makanan yang halal lagi baik memudahkan manusia melakukan amalan soleh.

Suapan 2
halal bukan sekadar bahan mentah, malah semua ramuan dan peralatan juga hendaklah disahkan halal. 

Artikel Berkaitan:

Pengambilan makanan yang haram dan syubhah pula memberatkan tubuh badan dalam melakukan amal ibadah, katanya.

Realiti Sikap Umat Islam Terhadap Isu Halal Hari Ini

Sambung khatib, hari ini ada umat Islam yang mengambil ringan soal halal haram dan syubhah dalam makanan.

1 – Tidak Segan Makan Di Restoran Tanpa Logo Halal

Ujarnya, sebahagian daripada kita tidak merasa segan silu makan di restoran bukan Islam yang tidak mempunyai logo halal.

Asalkan restoran itu memaparkan tanda No Pork atau Pork Free, mereka tetap masuk bagi menikmati masakan di situ.

Begitu juga jika sekadar memaparkan slogan ‘Restoran mesra Muslim’ tetapi tidak wujud logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada restoran tersebut. Maka ia termasuk dalam makanan syubhah, jelasnya.

2 – Proksi Selebriti Dan Elemen Syubhah Dalam Penyediaan Makanan

Tambah JHEAIPP, ada juga restoran yang menggunakan proksi selebriti untuk mengaburi pelanggan.

Walaupun bahan utamanya dari sumber yang halal, namun pernahkan kita terfikir kemungkinan wujudnya elemen-elemen syubhah dalam penyediaannya?

Adakah kita yakin semua bahan yang digunakan benar-benar suci dan halal serta bebas daripada pencemaran bahan haram?” soalnya.

Suapan 3
pilihlah restoran yang mempunyai logo halal disahkan pihak berautoriti seperti jakim.

Perkara Syubhah Yang Berlaku Di Restoran Bukan Islam

Ujarnya, satu kajian yang dijalankan sebuah universiti tempatan di Malaysia mendapati antara perkara syubhah yang berlaku di sebahagian restoran bukan Islam yang tiada logo halal Jakim ialah:

1 – Penggunaan arak dalam masakan.

2 – Penggunaan sos, kicap dan minyak masak tanpa sijil halal yang diimport daripada luar negara.

3 – Pekerja bukan Islam membawa masuk makanan tidak halal ke dalam premis restoran, lalu bekas makanan tersebut dibasuh bersama dengan pinggan mangkuk restoran.

4 – Penggunaan peralatan daripada sumber haiwan seperti berus makanan dan penapis air dari sumber tulang haiwan.

Teladan Rasulullah SAW Dan Ulama Silam

Jelas khatib, menjauhi makanan syubhah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap umat Islam dan merupakan sunnnah Rasulullah SAW.

1 – Rasulullah SAW Sangat Berhati-hati Dengan Makanan

Sambungnya, suatu ketika Baginda menemui sebutir kurma yang jatuh di tengah jalan lalu Baginda bersabda: “Jika tidak kerana aku takut bahawa kurma ini daripada kurma zakat, nescaya aku akan memakannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

2 – Kisah Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal

Ambillah iktibar daripada kisah para ulama silam yang sangat menjauhi makanan syubhah.

Mereka hidup dengan hati yang sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana mereka tahu bahawa pemakanan yang haram atau syubhah akan membunuh hati, memadamkan cahaya iman dan merosakkan amal ibadah, pesan khatib.

Imam Abu Hanifah pula katanya, pernah dia menolak makanan yang sudah dimasak isterinya kerana khuatir ada sedikit saja bahan haram tercampur.

Imam Malik juga pernah menolak anggur yang diberikan kepadanya kerana khuatir anggur tersebut berasal dari kebun yang tidak jelas status pemilikannya.

Suapan 4
pastikan setiap suapan yang masuk ke dalam diri dan ahli keluarga kita halal.

Imam Ahmad bin Hanbal pula pernah menolak daging kambing yang diberikan kepadanya kerana khuatir kambing tersebut disembelih dengan cara yang tidak benar, katanya.

Tanggungjawab Keluarga Dalam Memastikan Makanan Halal

Oleh itu jelasnya, menjauhi perkara syubhah bukanlah sesuatu yang remeh dan ia berkait rapat dengan usaha memelihara kesucian agama, menjaga maruah serta memastikan kehidupan kita sentiasa berada dalam reda ALLAH.

Jangan mudah tergoda dengan nikmat dunia hingga kita menggadaikan akhirat, ujarnya.

Khatib kemudiannya melontarkan persoalan, apakah kita sanggup membiarkan setiap suapan ke mulut kita menjadi asbab untuk dilemparkan ke dalam neraka?

Bagaimana pula nasib anak-anak dan keluarga kita jika makanan mereka bersumberkan yang syubhah atau haram?

Alangkah sedihnya jika kita sebagai ketua keluarga menjadi punca dengan membawa makanan syubhah tersebut kepada mereka, jelasnya.

Penutup

Kesimpulannya, menjaga kehalalan makanan adalah tanggungjawab setiap Muslim yang tidak boleh dipandang ringan.

Dengan sikap berhati-hati dan memilih hanya yang halal lagi baik, kita bukan sahaja memelihara diri, malah memastikan keluarga dan generasi akan datang hidup dalam keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply