Skip to main content

Pasaran Kosmetik Halal Dijangka Meningkat Pesat

PETALING JAYA – Ketika saiz pasaran kosmetik halal di negara ini diramalkan meningkat pesat daripada anggaran AS$3.64 bilion (RM16.36 bilion) kepada AS$8.5 bilion (RM38.2 bilion) menjelang 2032, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kosmetik tempatan dilihat berdepan kesukaran dalam mendapatkan bahan halal untuk mengelakkan operasi.

Pengarah Unit Penyelidikan Keselamatan Makanan, Inovasi dan Pembangunan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Risyawati Mohamed Ismail berkata, antara cabaran utama yang dihadapi oleh pengusaha kosmetik ialah mendapatkan bahan mentah yang telah disahkan halal untuk mematuhi syarat pensijilan.

Cabaran PKS Mendapatkan Bahan Mentah Halal

“Pembekal proaktif dalam menyediakan sijil halal untuk sesetengah bahan mentah yang diperlukan, namun pembelian pukal, terutama pengilang kecil bergelut untuk mendapatkan bahan sama dalam kuantiti yang lebih kecil.

“Pengeluar tempatan yang menghasilkan kosmetik dalam kelompok kecil tidak mampu membeli bahan mentah dalam kuantiti besar kerana akan memerlukan penyimpanan bahan yang panjang dan akhirnya boleh mengurangkan tarikh luput serta risiko kerugian ketara,” katanya.

Risyawati turut menambah bahawa isu logistik dan pengurusan kos menjadi faktor utama dalam menyukarkan proses penyediaan bahan mentah yang memenuhi keperluan halal.

Reka Semula Rantaian Bekalan Industri Kosmetik Halal Kosmo 11012025
reka semula rantaian bekalan industri kosmetik halal 4

Kekurangan Pembekal dan Masalah Kos

“Walaupun terdapat pembekal yang bersedia untuk membungkus semula, ramai yang tidak mempunyai sumber daya dan proses pembungkusan semula itu juga memerlukan kos tambahan,” jelasnya.

Menurut beliau, pendekatan strategik baharu yang menggalakkan pengeluar tempatan beralih daripada menghasilkan produk kosmetik siap kepada proses pengilangan menghasilkan bahan mentah kosmetik halal boleh memberi penyelesaian kepada masalah ini.

Kepentingan Penyelesaian Tempatan dalam Bekalan Bahan Mentah

Beliau menekankan bahawa industri kosmetik halal sangat bergantung kepada bahan mentah import yang mahal dan memerlukan integrasi dalam rantaian bekalan bahan mentah halal.

“Malah, pertumbuhan sub-industri ini mampu menggalakkan pengeluaran domestik bahan mentah halal jika ada sokongan dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan insentif kepada pemain industri tempatan,” katanya.

9 Skim Pensijilan Halal Malaysia
reka semula rantaian bekalan industri kosmetik halal 5

Risyawati berkata, penghasilan bahan mentah kosmetik halal tempatan boleh mengurangkan kebergantungan terhadap import dan membantu memajukan sektor kosmetik Malaysia.

Jaminan Malaysia Sebagai Pemain Utama dalam Pasaran Halal Global

“Kekuatan sistem pelaksanaan halal menjamin Malaysia sebagai pemain utama dalam pasaran global untuk pelbagai produk halal termasuk bahan mentah, yang jelas menjadi tarikan pembeli antarabangsa dan memastikan pembekal boleh dipercayai.

Profesor Madya Dr Risyawati Mohamed Ismail
PROFESOR MADYA DR RISYAWATI MOHAMED ISMAIL merupakan Pengarah, Unit Penyelidikan Jaminan Makanan, Inovasi dan Pembangunan (Finder), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia. Sumber: Kosmo

“Ketersediaan bahan mentah yang diperlukan pada harga lebih rendah mampu memberi sumber alternatif yang lebih mudah dicapai dan meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran kosmetik tempatan,” tambahnya.

Menurutnya, perubahan pengilang kepada penyediaan bahan mentah halal boleh menggalakkan Malaysia mendahului pasaran halal global sebagai peneraju ekonomi halal.

Sumber: Kosmo 11 Januari 2025

Penyelesaian Strategik Baharu

  1. Bahan Halal Mampu Milik
    • Pengilang tempatan berupaya menawarkan bahan mentah yang disahkan halal pada harga dan jumlah yang berpatutan.
    • Mengurangkan tekanan kewangan ke atas PKS.
  2. Proses Pembungkusan Semula yang Diperakui Halal
    • Kemudahan pembungkusan semula yang diperakui halal memastikan pengeluar boleh mendapatkan kuantiti produk yang lebih kecil tanpa menjejaskan pensijilan halal.
  3. Mengurangkan Pergantungan Import
    • Pengeluaran domestik bahan mentah halal mengurangkan pergantungan kepada bahan mentah import.
    • Menjamin integriti bekalan bahan mentah halal.
  4. Meningkatkan Inovasi Tempatan
    • Menggalakkan inovasi dan R&D dalam kalangan pencipta tempatan.
    • Menyuburkan penggunaan sumber tempatan sebagai input kepada industri kosmetik Malaysia.
  5. Mengukuhkan Ekosistem Halal
    • Pemantauan dan kebolehkesanan status halal lebih mudah dan stabil.
    • Memastikan pematuhan dan kepercayaan terhadap status halal lebih terjamin.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply