Skip to main content

PUTRAJAYA, 4 Februari

Dasar Halal Negara merupakan strategi jangka panjang bagi mewujudkan ekosistem halal Malaysia yang lebih holistik dan kondusif.

Dasar Halal Negara Strategi Jangka Panjang Untuk Ekosistem Halal Malaysia 1
dasar halal negara: strategi jangka panjang untuk ekosistem halal malaysia 3

Keperluan Akta Baharu Halal untuk Penguatkuasaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata terdapat keperluan untuk memperkemas dan menggubal akta baharu halal kerana penguatkuasaan dan peraturan memainkan peranan penting untuk memelihara kualiti, etika dan hasil produk.

Bacaan berkaitan: Isu Halal JAKIM: Kelantan Wajibkan Sijil Halal

Peranan Penguatkuasaan dan Peraturan dalam Dasar Halal Negara

“Salah satu aspek penting dalam pembangunan Dasar Halal Negara ialah berkaitan dengan undang-undang dan peraturan. Saya percaya sudah tentu kita akan teliti akta halal yang sedia ada khususnya dalam aspek penguatkuasaan itu yang penting”, katanya.

Kerangka Perundangan yang Jelas untuk Industri Halal

Selain itu, ia dapat menangkis kekeliruan dengan tuntas, malah kerajaan mempunyai kerangka perundangan dan pentadbiran yang jelas dalam pembangunan industri halal.

Dasar Halal Negara Strategi Jangka Panjang Untuk Ekosistem Halal Malaysia 2
dasar halal negara: strategi jangka panjang untuk ekosistem halal malaysia 4

Tambahnya, sebagai sebuah negara yang diiktiraf sebagai peneraju industri halal global, Malaysia perlu merangka dasar yang mantap, futuristik dan inklusif untuk memastikan kedudukan kekal relevan dan kukuh.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pembukaan Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) Dasar Halal Negara 2025-2035 di Putrajaya.

Sumber: RTM

Leave a Reply