Hebahan Semasa Halal

Pindaan Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf
pindaan badan pensijilan halal luar negara (bphln) yang diiktiraf oleh jakim berkuat kuasa pada 30 januari 2026 9

Hebahan Pindaan Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang Diiktiraf

  • Pindaan Badan Pensijilan Halal Luar Negara (BPHLN) yang diiktiraf oleh JAKIM telah diwartakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan) 2026 dan berkuat kuasa pada 30 Januari 2026.
  • Melibatkan penambahan dua (2) buah BPHLN yang baharu iaitu Shanghai Global Halal Certification Service (SGH) dan Taiwan Halal Certification Development Co., Ltd (THCD) serta pindaan logo bagi Centro Islámico de Chile (CICH) dan Vietnam National Halal Company Limited (VNH).
  • Jumlah BPHLN yang diiktiraf adalah sebanyak 94 daripada 47 buah negara.

Maklumat lanjut & senarai penuh boleh didapati di: JAKIM – The Recognized Foreign Halal Certification Bodies & Authorities Effective From 30th January 2026

Pindaan Badan Pensijilan Halal Luar Negara Bphln Yang Diiktiraf Oleh Jakim Berkuat Kuasa Pada 30 Januari 2026
pindaan badan pensijilan halal luar negara (bphln) yang diiktiraf oleh jakim berkuat kuasa pada 30 januari 2026 10

Jumlah terkini ialah sebanyak 94 Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM daripada 48 buah negara/wilayah seluruh dunia.

Daripada jumlah ini, 10 buah negara menguruskan pensijilan halal melalui badan autoriti kerajaan seperti Malaysia.

Sumber: Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM

Muat Turun Poster FHCB

The Recognised Foreign Halal Certification Bodies Authorities As At 30Th January 2026
pindaan badan pensijilan halal luar negara (bphln) yang diiktiraf oleh jakim berkuat kuasa pada 30 januari 2026 11
The Recognised Foreign Halal Certification Bodies Authorities As At 30Th January 2026Landscape
pindaan badan pensijilan halal luar negara (bphln) yang diiktiraf oleh jakim berkuat kuasa pada 30 januari 2026 12

Sekiranya anda memerlukan senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM dalam bentuk poster, kami ada sertakan seperti berikut:

Muat turun poster ini dengan buat pilihan saiz di bawah:





File PDF membolehkan anda membuat pencarian logo mengikut negara dengan lebih pantas dengan menggunakan fungsi carian.

Search Fhcb Country
pindaan badan pensijilan halal luar negara (bphln) yang diiktiraf oleh jakim berkuat kuasa pada 30 januari 2026 13

Sekiranya anda memerlukan poster-poster ini dalam format yang lebih besar atau dengan tambahan logo organisasi anda sendiri boleh hubungi kami.

Poster-poster berikut tidak dihasilkan oleh JAKIM tetapi kami mengambil sumber maklumat dari pihak JAKIM. Sekiranya ada sebarang kesilapan boleh maklumkan kami melalui email uhac@uniti.edu.my.

Leave a Reply