Skip to main content

Kunjungan Hormat UHAC ke PUNB

Kunjungan Hormat Ke Punb 4
kunjungan hormat ke punb 5

Pada 20 Mac 2025, pihak UNITI Halal Centre (UHAC) telah mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Perbadanan Usahawan National Berhad (PUNB) yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif UHAC, En Amir Hamzah Md Isa dan bersama para pegawai yang lain.

Perjumpaan bersama dengan Unit Latihan & Pembangunan Ushawan ini disambut mesra oleh Ketua Unit, En Mohd Rapi Yashim, serta para pegawai PUNB.

Pembangunan program latihan dan bimbingan halal

Perbincangan menjurus kepada program latihan halal melibatkan kakitangan PUNB dan juga latihan & bimbingan pensijilan halal kepada usahawan di bawah bimbingan PUNB.

Semoga kerjasama & usaha murni ni dapat memberi Impak yang baik terhadap pensijilan halal dikalangan usahawan bumiputera khususnya.

Baca di laman web PUNB: Kunjungan dari Uniti Halal Centre (UHAC)

Soalan Lazim (FAQ) berkaitan PUNB

Apa itu PUNB?

PUNB atau Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ialah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang menyediakan pembiayaan dan pembangunan keusahawanan kepada usahawan Bumiputera.

Apakah jenis pinjaman yang ditawarkan oleh PUNB?

PUNB menawarkan pelbagai jenis pinjaman perniagaan, termasuk:
Pembiayaan Perniagaan Baharu
Pembiayaan Pengembangan Perniagaan
Program JUMPER (Latihan dan modal awal)
Skim pembiayaan khusus untuk sektor tertentu

Siapa yang layak memohon pinjaman perniagaan PUNB?

Antara syarat pinjaman PUNB termasuk:
Pemohon adalah Bumiputera berumur 18 – 60 tahun
Mempunyai syarikat milikan penuh Bumiputera
Perniagaan berdaftar dan aktif
Mengemukakan dokumen lengkap dan kertas cadangan perniagaan (jika perlu)

Bagaimana proses permohonan pinjaman PUNB?

Prosesnya adalah seperti berikut:
1. Daftar melalui sistem PUNB eMoHON: https://emohon.punb.com.my
2. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan
3. Sesi temuduga/pembentangan (jika diperlukan)
4. Kelulusan dan tandatangan perjanjian
5. Pengeluaran dana dan pemantauan

Apakah itu JUMPER PUNB?

JUMPER PUNB adalah program latihan praktikal keusahawanan selama 8 bulan untuk graduan. Ia memberi:
Elaun bulanan
Latihan dengan syarikat mentor
Peluang pembiayaan selepas tamat latihan

Adakah PUNB menawarkan geran perniagaan?

PUNB tidak menawarkan geran penuh, tetapi menyediakan pembiayaan mudah dengan syarat istimewa termasuk:
– Margin pembiayaan tinggi
– Kadar keuntungan rendah
– Tempoh bayaran balik fleksibel

Di mana saya boleh mohon secara online?

Permohonan boleh dibuat secara online melalui sistem PUNB eMoHON:
🌐 https://emohon.punb.com.my

Apakah kursus usahawan yang ditawarkan oleh PUNB?

PUNB menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel keusahawanan, seperti:
– Kursus asas dan lanjutan perniagaan
– Strategi pemasaran dan digital
– Pengurusan kewangan dan operasi
Program ini terbuka kepada pemohon pembiayaan dan orang awam.

Adakah PUNB beroperasi di seluruh Malaysia?

Ya, PUNB mempunyai cawangan dan pejabat wakil di seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak.

Bagaimana saya boleh hubungi PUNB?

🌐 Website: https://www.punb.com.my
📞 Hotline: 1300-13-7862
📧 Email: usahawan@punb.com.my
📍 Lokasi: Menara PUNB, Kuala Lumpur

Leave a Reply