PENGUMUMAN RASMI DARIPADA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Penarikan Pengiktirafan Badan Pensijilan Halal Luar Negara di Perancis, Croatia dan China
Dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menarik balik pengiktirafan beberapa badan pensijilan halal luar negara dari senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf, berkuat kuasa pada 20 Februari 2025. Badan pensijilan tersebut adalah seperti berikut:
Ritual Association of Lyon’s Great Mosque (ARGML), Perancis
Centre for Halal Quality Certification (CHQC), Croatia
China Islamic Association (CIA), China

Syarikat-syarikat yang menghasilkan produk yang telah disahkan halal oleh ketiga-tiga badan pensijilan halal ini diberi tempoh pelanjutan (grace period) sehingga 19 Ogos 2025 untuk mendapatkan pensijilan halal dari badan pensijilan halal lain yang diiktiraf oleh JAKIM.
Seiring dengan penarikan balik pengiktirafan untuk ARGML, CHQC, dan CIA, semua produk yang disahkan halal dan dilabel halal oleh badan pensijilan tersebut tidak akan diterima untuk eksport ke Malaysia, kecuali dalam keadaan berikut:
Produk yang telah tiba di Malaysia sebelum penarikan pengiktirafan bagi ARGML, CHQC, dan CIA.
Produk yang dalam perjalanan ke Malaysia dengan sijil halal yang dikeluarkan oleh ARGML, CHQC, dan CIA sebelum atau pada 19 Ogos 2025.
Produk yang sedang diproses sebelum atau pada 19 Ogos 2025 akan diterima sekiranya disertakan dengan dokumen sokongan yang berkaitan dengan tarikh pengeluaran.
Namun demikian, pengeluar atau kilang yang terjejas oleh penarikan pengiktirafan untuk ARGML dan CHQC, masih boleh meneruskan eksport produk mereka ke Malaysia selepas memperoleh sijil halal daripada badan pensijilan halal lain yang diiktiraf di negara mereka atau dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf berdekatan negara mereka (benua & Kesatuan Eropah).
Sementara itu, pengeluar atau kilang yang terjejas oleh penarikan pengiktirafan untuk CIA masih boleh meneruskan eksport produk mereka ke Malaysia selepas memperoleh sijil halal daripada badan pensijilan halal lain yang diiktiraf di negara mereka.
Bacaan lanjut: Senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM Kemas Kini 20 Februari 2025
—-‐———————————————–
OFFICIAL ANNOUNCEMENT FROM DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT MALAYSIA
Withdrawal of Recognition of Foreign Halal Certification Bodies in France, Croatia and China
Please be informed that the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) has withdrawn the recognition of several foreign halal certification bodies from the list of Recognised Foreign Halal Certification Bodies (FHCB) effective from 20th February 2025. These include:
Ritual Association of Lyon’s Great Mosque (ARGML), France
Centre for Halal Quality Certification (CHQC), Croatia
China Islamic Association (CIA), China

Companies that produce products certified halal by these three halal certification bodies are given a grace period until 19th August 2025 to obtain halal certification from other halal certification bodies recognised by JAKIM.
Following the withdrawal of recognition for ARGML, CHQC, and CIA, all products certified halal and labelled halal by these certification bodies will not be accepted for export to Malaysia, except under the following conditions:
Products that have already arrived in Malaysia before the withdrawal of recognition for ARGML, CHQC, and CIA.
Products that are already on their way to Malaysia with halal certificates issued by ARGML, CHQC, and CIA before or on 19th August 2025.
Products that are being processed before or on 19th August 2025 will be accepted if they are accompanied by supporting documents related to the production date.
However, manufacturers or plants affected by the withdrawal of recognition for ARGML, CHQC, may continue to export their products to Malaysia after obtaining halal certification from another recognised halal certification body in their country or from the nearest foreign halal certification bodies nearby the country. (Europe & European Union)
Meanwhile, manufacturers or plants affected by the withdrawal of recognition for CIA may continue to export their products to Malaysia after obtaining halal certification from another recognised halal certification body in their country.
Sumber: Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM
Adakah pensijilan halal JAKIM boleh dimohon sekiranya produk yang digunakan adalah dari ketiga-ketiga badan pensijilan?
Pada 20 Februari 2025 yang lalu, JAKIM telah menarik balik tiga badan pensijilan halal luar negara. Adakah pemain industri masih boleh memohon pensijilan halal sekiranya menggunakan produk daripada ketiga-tiga berkenaan?
Tonton video penerangan dari JAKIM berikut:
Anda memerlukan poster FHCB JAKIM terkini? layari link berikut: Senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM Kemas Kini 20 Februari 2025