Skip to main content

27 February 2025 · Season 1 · Episode 1

25 Min, 57 Sec · By Uniti Halal Centre (UHAC)

Dalam episod pertama Beyond Halal Podcast, kami akan membincangkan topik yang semakin penting dalam industri halal iaitu peruncitan halal dan cabarannya.

Beyond Halal Podcast Episod 1 : Peruncitan Halal Dan Cabarannya

🎙 Beyond Halal Podcast | Episod 1 – Peruncitan Halal & CabarannyaDalam episod pertama Beyond Halal Podcast, kami akan membincangkan topik yang semakin penti…

Dalam episod pertama Beyond Halal Podcast, kami akan membincangkan topik yang semakin penting dalam industri halal iaitu peruncitan halal dan cabarannya.

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap produk halal, banyak peruncit berusaha memastikan pematuhan terhadap piawaian halal.

Namun, mereka berdepan pelbagai cabaran seperti isu rantaian bekalan, pemalsuan halal, serta kesedaran pengguna yang masih rendah.

Bersama hos Ustaz Elyas dan Hanisah, episod ini akan mengupas kepentingan peruncitan halal, bagaimana peruncit boleh mengatasi cabaran ini, serta peranan pengguna dalam menyokong ekosistem halal yang lebih mampan.

Perbincangan ini sangat penting bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan, pemegang sijil halal, serta pengguna yang ingin memahami lebih lanjut tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam memilih produk halal.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info terkini dan kupasan mendalam dalam Beyond Halal Podcast!

Jangan lupa untuk LIKE, SHARE & SUBSCRIBE supaya anda tidak terlepas episod akan datang.

Leave a Reply