Halal Awareness In-House Training Moreth Sdn. Bhd.
Alhamdulillah selesai latihan kesedaran halal siri satu bersama warga kerja Moreth Sdn. Bhd. pada 14 Februari 2025.
Terima kasih trainer sesi ini Puan Norhaizam di atas ilmu yang disampaikan sepanjang sesi berlangsung.
Latihan ini merupakan kursus halal yang WAJIB di hadiri oleh syarikat yang ingin mendapatkan pensijilan halal Malaysia JAKIM atau yang telah di iktiraf halal setiap 3 tahun dan mesti di perolehi dari syarikat penyedia latihan Halal yang berdaftar.
Kursus ini mesti di hadiri oleh semua pekerja di dalam syarikat yang diutamakan adalah di bahagian operasi pengeluaran, pembelian dan pergudangan / warehouse setiap 3 tahun sekali.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada UNITI Halal Centre!
UNITI HALAL CENTRE
Uniti Tower (Menara Arina Uniti)
Level 11.6,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Wilayah Persekutuan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur