UNITI Halal Centre (UHAC) merupakan Penyedia Latihan Halal yang komited dalam pembangunan kompetensi dan pendidikan Halal melalui program latihan berstruktur, praktikal, dan berorientasikan keperluan industri.

Sebagai institusi latihan Halal, UHAC memberi tumpuan kepada pembinaan kefahaman, kecekapan, dan kesiapsiagaan tenaga kerja Halal merentas pelbagai sektor industri.

Cropped Logo Uhac
uniti halal centre (uhac) sebagai pilihan utama penyedia latihan halal 34

Mengapa Memilih UNITI Halal Centre (UHAC)?

1. Reputasi dan Kepercayaan Industri

UHAC telah menerima lebih 1,300 penilaian 5 bintang di Google Reviews, mencerminkan tahap kepuasan tinggi daripada peserta latihan, organisasi, dan rakan industri. Penilaian ini adalah bukti konsistensi UHAC dalam kualiti latihan, penyampaian, dan sokongan peserta.

Dengan purata penilaian 4.9 bintang, UHAC merupakan satu-satunya Penyedia Latihan Halal yang merekodkan lebih 1,000 ulasan awam di Google, sekali gus menunjukkan konsistensi dari segi kualiti latihan, penyampaian, dan sokongan kepada peserta.

Apa kata peserta kami?

Sokongan, Kesabaran & Pendekatan Mesra: supportive, approachable, patient, guiding

“They were very approachable and helpful, guiding us patiently especially when we were confused.”

Wan Hazwan

“Tenaga pengajar di bawah UHAC sangat mahir mengendalikan program dan membimbing peserta.”

BPU TEKUN

“Trainer sangat sporting dan boleh guide peserta dengan baik.”

Sherry Marshell

2. Fokus Khusus kepada Latihan dan Pendidikan Halal

UHAC menawarkan pelbagai program latihan awam (public training) yang dibuka kepada individu dan organisasi daripada pelbagai sektor industri.

Semua latihan awam ini direka untuk:

  • memenuhi keperluan pembangunan kompetensi Halal, dan
  • memberi pendedahan praktikal kepada peserta berdasarkan keperluan industri semasa.
V2 Uhac 2026 Full Calendar Landscape
uniti halal centre (uhac) sebagai pilihan utama penyedia latihan halal 38

Antara program utama yang diawarkan ialah:

  1. Halal Awareness Training (HAT)
  2. Halal Competency Training (HCT)
  3. Internal Halal Audit Workshop (IHAW)
  4. Halal Assurance System Workshop (HAS)
  5. Islamic Cleansing Workshop (SERTU)
  6. MYeHALAL & MHI System Workshop
  7. Professional Certificate in Halal Executive (HEP)
  8. Professional Certificate in Internal Halal Auditing (IHA)

Program-program ini dilaksanakan secara berjadual sepanjang tahun bagi menyokong keperluan pembangunan kompetensi Halal industri.

Apa kata peserta kami?

Menarik, Tidak Membosankan & Engaging: engaging, fun, lively, tak bosan

“Seronok, banyak ilmu yang dipelajari dan tak bosan.”

Asyah AQiela

“Fun and packed with knowledge sharing session.”

Romaldо Lee

“Lively session even though conducted online.”

Schazwani AlHady

“Tak bosan langsung belajar dengan Pn Zulaikha. Memang best giler.”

Aichannn Kup

Keberkesanan Latihan Online & Intensif: online effective, high intensity, engaging

“Sesi halal competency secara online sangat kreatif dan penyampaian jelas.”

Muhammad Ilham Najmi Bin Zam

“Kursus sangat berintensiti tinggi dan menarik untuk disertai.”

BPU TEKUN

“I just joined the HALAL COMPETENCY TRAINING. The trainer, Ms. Zulaikha, delivered the course content effectively throughout the two-day training. It was very informative and not boring at all.”

Nurul Suhaila Adanan

“Good training input and knowledgeable trainer, even though the session was online.”

Schazwani AlHady

3. Program Latihan Berstruktur dan Praktikal

Selain latihan awam, UHAC turut menyediakan latihan in-house tambahan yang disesuaikan mengikut keperluan khusus organisasi.

Latihan in-house UHAC direka untuk:

  • menepati konteks operasi sebenar organisasi,
  • menyokong keperluan dalaman Jawatankuasa Halal, dan
  • meningkatkan keupayaan pengurusan Halal secara menyeluruh.

Pendekatan ini membolehkan organisasi menerima latihan yang lebih fokus, praktikal, dan relevan dengan cabaran sebenar mereka.

Program latihan UHAC dibangunkan secara sistematik dengan penekanan kepada:

  • Kefahaman prinsip dan keperluan Halal
  • Aplikasi praktikal dalam operasi sebenar industri
  • Perbincangan kes, senario industri, dan amalan terbaik

Ini membantu peserta bukan sekadar memahami teori, tetapi mampu mengaplikasikannya secara berkesan.

V1 Uhac 2026 Full Calendar Potrait
uniti halal centre (uhac) sebagai pilihan utama penyedia latihan halal 47

Selain program teras, UHAC turut menawarkan program profesional tambahan dan engagement industri, antaranya:

  1. Halal Industry Best Practice Training
  2. Halal Traceability & Mock Recall
  3. Halal Compliance Training
  4. Halal Executive Mastery Course
  5. Halal Executive Facilitator Programme
  6. Food Allergen Management
  7. Food Safety Management System (FSMS)
  8. Internal Auditor Training (GMP & HACCP)

Program ini direka untuk menyokong keperluan lanjutan organisasi serta meningkatkan tahap profesionalisme tenaga kerja Halal.

Apa kata peserta kami?

Penyampaian Jelas, Mudah Faham & Teratur: clear, structured, straightforward, to the point

“Penerangan yang diberikan sangat jelas dan memuaskan.”

NURNASRIN AWATIEF

“Slide point simple but full with knowledge. All training objectives achieved successfully.”

Anis Syahirah

“Penyampaian sangat jelas, disertakan contoh nyata menjadikan topik mudah difahami.”

Nurul Farzana

“Helpful to understand the meaning of Halal Awareness. Explanation was easy to understand and straight to the point.”

Joan Gomez

4. Tenaga Pengajar Halal (TPH) Berpengalaman

Latihan UHAC disampaikan oleh Tenaga Pengajar Halal (TPH) yang berpengalaman dalam bidang Halal, industri, dan latihan profesional.

Ini memastikan penyampaian latihan yang:

  • tepat dari segi kandungan,
  • relevan dengan situasi industri sebenar, dan
  • sesuai untuk pelbagai tahap peserta, daripada pengurusan hingga pelaksana.

Apa kata peserta kami?

Kualiti Tenaga Pengajar (Trainer Excellence): berpengetahuan, jelas, profesional, mahir, kreatif

“Very friendly and easy to understand trainer.”

EMMANUELLE ICHAN

“Knowledgeable and skillful trainer with many real examples that made learning easier. Very professional delivery.”

Idayu Iman Khatab (A&W Malaysia)

“Instructor is knowledgeable and able to answer all trainees’ questions. The training was enjoyable and not boring at all.”

Syaza Aliah

“The trainer delivered the course content effectively throughout the two-day training. Very informative and not boring at all.”

Nurul Suhaila Adanan

“Informative and clear from Puan Hanisah Ithnin.”

Ting Xiao Kee

“Trainers sangat supportive dan semua modul disampaikan dengan jelas, walaupun bermula dengan zero knowledge.”

Zylaikha

5. Dipercayai oleh Pelbagai Sektor

UHAC menyediakan latihan yang menyokong kefahaman dan pelaksanaan keperluan bagi 9 Skim Pensijilan Halal Malaysia, iaitu:

  1. Skim Produk Makanan dan Minuman
  2. Skim Produk Kosmetik
  3. Skim Produk Farmaseutikal
  4. Skim Premis Makanan
  5. Skim Produk Barang Gunaan
  6. Skim Perkhidmatan Logistik
  7. Skim Rumah Sembelihan
  8. Skim Pengilangan Kontrak (OEM)
  9. Skim Produk Peranti Perubatan
9 Skim Pensijilan Halal Malaysia
uniti halal centre (uhac) sebagai pilihan utama penyedia latihan halal 58

Latihan ini membantu organisasi memahami keperluan pengurusan Halal serta peranan personel Halal dalam operasi harian mengikut skim berkaitan.

Apa kata peserta kami?

Impak Ilmu & Nilai Praktikal Industri: praktikal & relevan industri

“UHAC class was really helpful and well-organized. I learned a lot and would recommend it to others.”

Nur Fatin Najiha Razak (TTDI Meatpoint)

“Bukan sekadar ilmu akademik, tetapi kesedaran penting dalam kehidupan seharian.”

Nurul Farzana

See more: UHAC 2026 Training & Industry Programmes

6. Komitmen UHAC terhadap Pembangunan Ekosistem Halal

UHAC komited untuk menyokong pembangunan ekosistem Halal negara melalui:

  • Sokongan berterusan kepada industri melalui pendidikan dan latihan berasaskan keperluan sebenar
  • Penyampaian latihan Halal yang berkualiti tinggi
  • Pembangunan modal insan Halal yang kompeten dan profesional
  • pelaksanaan projek pembangunan kapasiti dan kompetensi Halal,
  • kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan industri dan pendidikan, dan
  • inisiatif khas yang menyokong agenda pembangunan modal insan Halal.

UHAC bukan sekadar penyedia latihan berjadual, malah komited untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan ekosistem Halal negara melalui pelaksanaan program dan projek khas yang bersifat strategik dan berimpak tinggi.

Antara inisiatif utama UHAC termasuk:

  • Halal Edutourism (HEDU)
    Program pembelajaran berasaskan pengalaman yang menggabungkan lawatan industri, pendedahan sebenar operasi Halal, dan pembelajaran kontekstual di luar bilik latihan.
  • Kembara Halal (KEMHALAL)
    Program pendedahan Halal merentas lokasi dan sektor terpilih bagi meningkatkan kefahaman praktikal peserta terhadap rantaian nilai Halal.
  • Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal (PEH)
    Program ini bertujuan memperkukuh perkongsian ilmu, pendedahan industri, serta pembangunan profesional Halal secara bersepadu.

Komitmen ini mencerminkan peranan UHAC sebagai rakan strategik dalam pembangunan modal insan Halal yang mampan dan relevan dengan keperluan semasa industri.

Apa kata peserta kami?

“First time tahu ada trip lawatan sambil belajar macam ini. Sangat interesting dan fun.”

Nurfadhilah Wahab

“I would definitely recommend this class to others.”

Nur Fatin Najiha Razak

“Very good training, truly worth joining.”

Noraishah Fauzi Saadi

“Well-established training provider with great trainers. Recommended for those into Halal Management.

Romaldо Lee

7. Tawaran Program Keselamatan Makanan (Food Safety Training)

Selain latihan Halal, UHAC turut menawarkan program latihan Keselamatan Makanan (Food Safety) bagi menyokong keperluan pematuhan industri makanan dan minuman secara menyeluruh.

Program ini melengkapkan latihan Halal dengan kefahaman terhadap aspek keselamatan makanan, kebersihan, dan sistem pengurusan yang berkaitan.

Antara program keselamatan makanan yang ditawarkan ialah:

  1. Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM)
  2. GMP Awareness Training (GMP L1)
  3. GMP Understanding & Implementation Training (GMP L2)
  4. HACCP Awareness Training (HACCP L1)
  5. HACCP Understanding & Implementation Training (HACCP L2)
  6. HACCP Internal Audit Training

Latihan keselamatan makanan ini direka untuk membantu organisasi:

  • memahami keperluan perundangan dan standard keselamatan makanan,
  • memperkukuh sistem dalaman, dan
  • menyokong pematuhan operasi industri secara bersepadu bersama pengurusan Halal.

Apa kata peserta kami?

“Program PJKM membuka mata saya. Jelas dengan apa yang diperlukan dalam industri.”

NIK MOTORSPORT

“Training Food Hygiene Regulation 2009 sangat bermanfaat dan menyegarkan kefahaman terhadap peraturan.”

Nurulfatin Hassan

8. Fleksibiliti, Kemudahan & Penyesuaian Mengikut Keperluan Klien

UHAC memahami bahawa keperluan setiap organisasi adalah berbeza dari segi operasi, pematuhan, dan kekangan masa.

Oleh itu, UHAC menawarkan pendekatan latihan yang fleksibel, responsif, dan berskala, bagi memenuhi keperluan organisasi merentas lokasi, sektor, kekangan operasi dan memastikan keperluan klien dapat dipenuhi secara praktikal dan berkesan.

Fleksibiliti yang ditawarkan oleh UHAC merangkumi:

Liputan geografi

  • Pelaksanaan latihan merangkumi seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak
  • Sokongan latihan untuk luar negara, tertakluk kepada keperluan program, kaedah penyampaian, dan kesesuaian pelaksanaan

Kaedah dan pelaksanaan latihan

  • Latihan bersemuka, dalam talian, atau hibrid
  • Latihan awam dan latihan in-house mengikut keperluan organisasi

Penjadualan dan keutamaan masa

  • Fleksibiliti tarikh dan tempoh latihan
  • Kesediaan melaksanakan latihan dalam tempoh singkat (short notice) bagi membantu organisasi menangani Non-Conformance (NC) atau keperluan pematuhan segera

Penyesuaian modul dan kandungan

  • Modul latihan disesuaikan mengikut:
    • tahap pengetahuan peserta
    • sektor dan skop operasi organisasi
    • keperluan khusus audit atau pematuhan

Pemilihan tenaga pengajar

  • Untuk latihan in-house, klien boleh memilih Tenaga Pengajar berdasarkan ketersediaan (availability) dan kesesuaian kepakaran.

Kemudahan perolehan dan pembayaran

  • Penerimaan Surat Setuju Terima (LO) dan Tender, tertakluk kepada terma dan prosedur yang dipersetujui
  • Penyertaan melalui e-Perolehan bagi agensi kerajaan dan organisasi berkaitan
  • Semua program latihan UHAC adalah HRDC Claimable, tertakluk kepada kelayakan dan garis panduan semasa

Pendekatan ini memastikan latihan yang dilaksanakan bukan sahaja memenuhi keperluan pematuhan, tetapi praktikal, mudah diurus dari sudut perolehan, dan selari dengan keperluan pematuhan organisasi, tanpa mengira lokasi atau skala operasi.

See more: UHAC 2026 Training & Industry Programmes

UHAC Google Calendar