🚀 Transformasi Digital Industri Halal: MyHALALINGREDIENTS
JAKIM kini memperkenalkan MyHALALINGREDIENTS, sistem baharu yang diintegrasikan dengan MyEHALAL bagi memudahkan industri mengurus ramuan halal secara digital.
5 perkara penting untuk industri tahu:
- Tiada lagi penghantaran hardcopy – sistem sepenuhnya digital.
- Integrasi dengan MyEHALAL (guna ID & password yang sama).
- Pendaftaran ramuan hanya dalam MyHALALINGREDIENTS, bukan MyEHALAL.
- Tempoh percubaan bermula 15 Ogos selama 3 bulan (peringkat JAKIM) dan tidak terpakai untuk permohonan luar negara.
- Akan menjadi mandatori mulai tahun depan.
Dengan adanya sistem ini, proses pensijilan halal dijangka lebih efisien, mengurangkan semakan berulang, serta mempercepatkan kelulusan halal untuk industri.
📌 Untuk sebarang pertanyaan berkaitan MyHALALINGREDIENTS:
✉️ icthalal@jakim.gov.my
📞 Unit Sistem JAKIM: 03-88925003 (samb. 5022/5143)
UNITI Halal Centre sentiasa menyokong usaha pendigitalan halal demi memperkukuh ekosistem halal negara. 🌍✨





FAQ – Pelaksanaan MyHALALINGREDIENTS
Apakah itu MyHALALINGREDIENTS?
MyHALALINGREDIENTS ialah sistem pengumpulan data baharu yang dibangunkan untuk merekod dan menilai semua bahan mentah yang digunakan oleh industri dalam proses pensijilan halal Malaysia.
Bilakah sistem ini akan mula berkuat kuasa?
Sistem MyHALALINGREDIENTS akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2025.
Bagaimana MyHALALINGREDIENTS berfungsi?
Sistem ini akan diintegrasikan dengan platform sedia ada, MYeHALAL, bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pensijilan halal tanpa perlu mengemukakan dokumen fizikal secara berulang-ulang.
Apakah objektif utama pelaksanaan MyHALALINGREDIENTS?
1. Memudahkan pendaftaran permohonan pensijilan halal.
2. Mengurangkan semakan berulang bagi bahan ramuan yang sama.
3. Meningkatkan kecekapan pengurusan rantaian bekalan bahan ramuan.
4. Memendekkan tempoh semakan dan mempercepatkan proses pensijilan halal.
Apakah faedah MyHALALINGREDIENTS kepada industri?
Pendaftaran lebih mudah melalui MYeHALAL.
Semakan lebih cepat dan cekap untuk bahan ramuan.
Pengurusan sistematik bagi keselamatan dan integriti produk halal.
Pengurangan tempoh proses permohonan halal secara keseluruhan.
Adakah akan diadakan taklimat kepada industri?
Ya. JAKIM akan mengadakan taklimat dalam talian pada 18 Ogos 2025 untuk menerangkan pelaksanaan MyHALALINGREDIENTS kepada semua kategori industri dan skim pensijilan halal Malaysia.
Siapakah yang perlu menyertai taklimat ini?
Semua syarikat dan industri yang terlibat dalam proses pensijilan halal Malaysia digalakkan untuk menyertai taklimat ini.
Apakah seruan JAKIM kepada industri?
JAKIM menyeru semua pemain industri untuk memanfaatkan sistem baharu ini sepenuhnya demi meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju global industri halal.

