Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) 2016

7th Penang International Halal Expo & Conference 2019.
29-31 January 2016 | Spice Arena, Penang MY
Ekspo & Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) Ke-7 membuka tirai acara tahunan halal di Malaysia dengan pelbagai program menarik serta aktiviti perniagaan dan perdagangan tempatan dan luar negara bermula 29 – 31 Januari 2016.
PIHEC Ke-7 akan berlangsung di Subterranean Penang International Convention & Exhibition (sPICE) manakala Persidangan Halal akan diadakan di Olive Tree Hotel Penang, bersebelahan sPICE.
PIHEC ke-7 kali ini merangkumi kedua-dua Concourse dan Main Arena yang menempatkan lebih daripada 300 pemamer tempatan dan luar negara termasuk syarikat dan usahawan tempatan, agensi dan persatuan perniagaan serta organisasi dan pemain industri luar negara dari United Kingdom di Eropah merentasi benua Asia.
Antara komponen PIHEC yang menarik adalah Penang International Halal Chef Challenge (PIHCC), yang bakal berlangsung untuk kali ketiga, yang akan menyaksikan lebih ramai peserta dari peringkat amatur ke profesional, dari seluruh pelusuk negara yang akan bertanding. PIHCC akan dinilai oleh para juri terkemuka dari Asia Tenggara.
World Curry Festival (WCF), yang mula dianjurkan di Bradford, United Kingdom lima tahun lepas, kini kembali bertapak sempena PIHEC untuk kali kedua pada tahun hadapan. Acara gilang-gemilang ini mempromosikan kepelbagaian dan keunikan hidangan dan demonstrasi masakan bertemakan kari dan rempah daripada seluruh pelusuk yang akan ditonjolkan oleh para chef terkemuka di dunia. WCF pada kali ini akan membawa tiga komponen utama iaitu Gastro Teater, “World Street Foode” dan “Culinary School” (kelas masakan).
WCF merupakan inisiatif oleh YB Dato’ Abdul Malik Kassim, Pengerusi Halal Penang setelah bertemu dengan Encik Zulfi Karim Pengasas WCF, di mana pertemuan di London tersebut telah membincangkan ide untuk mempromosi kulinari Malaysia kepada dunia.
Program tiga hari ini bakal menampilkan aktiviti-aktiviti menarik termasuk bengkel latihan kepada para usahawan dan pemain industri, seminar pensijilan halal, demo’ masakan daripada chef selebriti tempatan, pameran produk, persembahan pentas dan pelbagai lagi.
Persidangan Halal yang bertemakan “Exploring New Frontiers in Halal Agriculture” menampilkan para ahli akademik dan pengusaha industri serta usahawan berkaitan akan dianjurkan di Olive Tree Hotel Penang pada hari Sabtu, 30 Januari 2016. Persidangan kali ini akan membincangkan potensi industri halal sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru ke arah mengukuhkan sistem keselamatan makanan dan kemampanan sektor agrikultur.
Penaja rasmi PIHEC 2016 termasuklah Malaysian Exhibiton Services (MES), Olive Tree Hotel Penang dan Raviraj –“Malaysia Leading Spice Brand”.

Other Halal Event & Conference

Mihas 2025
MIHAS 2025

MIHAS 2025

Svg+Xml;Charset=Utf
MIHAS 2024

MIHAS 2024

Svg+Xml;Charset=Utf
Jelajah Halal 2024

Jelajah Halal 2024

Svg+Xml;Charset=Utf
Bengkel Kesedaran Dan Bimbingan Halal Usahawan Madani 2024

Bengkel Kesedaran Dan Bimbingan Halal Usahawan Madani 2024

Svg+Xml;Charset=Utf
MIHAS 2023

MIHAS 2023

Svg+Xml;Charset=Utf
Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) 2023

Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) 2023