Halal Edutourism Siri 1

This session offers a unique opportunity to gain an in-depth understanding of the operations and role of the Malaysian Halal Analysis Laboratory (MYHAC), which employs cutting-edge technology and scientific analysis to ensure compliance with halal standards.

Participants will explore the root causes of common food safety issues, learn how to identify and prevent microbial contamination and handle customer complaints with professionalism and empathy.

Organised in conjunction with the Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2024 (PEH24), the Halal Edutourism programme is designed to offer an enriching, hands-on learning experience centred around halal practices. It aims to educate participants on the importance of halal compliance in various industries and provide them with practical exposure to real-world halal operations.

Halal Edutourism 2024 Siri 1 1

Key Highlights of the Programme

  • Lawatan Makmal Halal: Participants will visit a certified halal laboratory to learn about the rigorous processes involved in halal certification. This visit will provide insights into how food, products, and services are tested and certified for halal compliance.
  • Praktikal & Amali Sertu: This session includes a hands-on demonstration of the sertu process, a key halal cleansing procedure. Participants will gain direct experience in this ritual cleaning practice, essential for industries and individuals involved in halal production or food handling.
  • Jelajah Kilang Halal: The tour features a visit to a halal-certified factory, offering participants an in-depth view of how halal compliance is maintained in manufacturing and production settings. This experience provides insights into the implementation of halal standards from raw materials to finished products.
  • Develop proactive strategies to maintain high standards of food safety.

7.30 pagi | 24 Oktober 2024

40 orang peserta Halal Edutourism sudah berkumpul di hadapan Bangi Avenue Convention Centre (BACC) untuk mengambil sarapan dan pendaftaran.
Masing-masing tak sabar untuk memulakan kembara halal siri – 1 ini. Sesi gambar kumpulan dahulu sebelum bergerak ke destinasi pertama.
Bismillah fi hifzillah!

PASSPORT HALAL EDUTOURISM

Memperkenalkan Passport Halal Edutourism edisi khas siri 1 🎉
Boleh digunakan untuk:
  • Kumpul stamp daripada setiap syarikat/kilang yang dilawati – bukan sahaja hari ini tetapi juga pada trip Halal Edutourism masa hadapan, dalam & luar negara!
  • Jadikan ia memorabilia istimewa dengan tandatangan idola Halal kesayangan anda atau mana-mana tokoh inspirasi!
Ini adalah batch yang pertama menerima passport eksklusif ini, semoga ia menjadi simbol kenangan manis untuk setiap pengalaman lawata.
Semua peserta bergambar dengan passport masing-masing sebelum diserahkan kepada kaunter cop setiap destinasi 😄
Halal Edutourism Peh24 Bas
Halal Edutourism 2024 Siri 1 20

Want to join the next Halal Edutourism?

Click here for next Halal Edutourism journey!

Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC)

Destinasi pertama Halal Edutourism pagi ini berada di
Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC). Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) merupakan satu-satunya makmal halal di bawah JAKIM, yang berfungsi sebagai hentian setempat kepada industri penyelidikan dan pensijilan halal global.
Ia juga menjadi platform penyelidikan halal yang menggabungkan sains teknologi dan keperluan syariah dalam memartabatkan industri halal negara.
8.30 pagi | 24 Oktober 2024
Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC)
Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari sistem pengurusan makmal halal, pensijilan halal serta pematuhan standard halal di Malaysia serta peluang perkongsian pengalaman dalam mengendalikan makmal analisis makanan halal dan sebagainya.
Sesi lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat berkaitan MyHAC yang telah disampaikan sendiri oleh YBrs. Tuan Mohd Amri bin Abdullah diikuti oleh tayangan video korporat serta lawatan sekitar makmal bioteknologi dan kimia yang dikendalikan oleh Puan Shukriah binti Saad (Ketua Seksyen Bioteknologi) dan Puan Norazlina binti Ali (Ketua Seksyen Kimia 1).

MyHAC Perkukuh Hubungan JAKIM Dan Industri

Semoga dengan lawatan pembelajaran seumpama ini akan memperkukuh lagi hubungan antara pihak JAKIM dan industri khusunya para Eksekutif Halal yang turut sama berganding bahu membantu pihak industri dalam pensijilan halal Malaysia seterusnya memperkasa kefahaman berkaitan fungsi MyHAC JAKIM sebagai lambang keistimewaan pensijilan halal Malaysia serta memperkukuh imej JAKIM selaku peneraju badan pensijilan halal bertaraf dunia.

Gardenia Bakeries Shah Alam

Lagu yang paling diingati sepanjang zaman 😁
Gardenia .. sungguh enak dimakan sepanjang zaman 🎉
11.00 pagi | 24 Oktober 2024
Gardenia Bakeries Shah Alam
Halal Edutourism meneruskan kembara halal ke destinasi seterusnya iaitu di Gardenia Bakers Maison di Shah Alam.
Perjalanan mengambil masa 50 minit dari Pusat Analisis Halal (MyHAC).
Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami secara mendalam proses penghasilan roti dan pastri di Gardenia Bakeries, termasuk pematuhan standard halal yang diamalkan di setiap peringkat pengeluaran.
Sepanjang sesi lawatan, peserta akan dibawa melawat fasiliti pemprosesan, diperkenalkan kepada sistem kawalan kualiti, dan didedahkan dengan prosedur pensijilan halal yang ketat.
Selain itu, peserta berpeluang berinteraksi dengan eksekutif halal Gardenia untuk mendalami kepentingan pematuhan halal dalam sektor makanan dan bagaimana ia memainkan peranan dalam memastikan kepercayaan pengguna terpelihara.
Semoga jelajah halal kali ini dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk menerapkan prinsip halal dalam operasi syarikat masing-masing, selari dengan misi Halal Edutourism dalam memperkasa industri halal tempatan dan antarabangsa.

Lokasi ketiga: Kilang DCH Shah Alam, Selangor

Destinasi ke-3 #kembarahalal Edutourism adalah di DCH Manufacturing, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan OEM di Shah Alam. Mesti banyak brand owner yang kenal kilang ni 😊
Belum pernah rombongan luar masuk ke kilang ni. Ini adalah pertama kali rombongan luar masuk bagi perlaksanaan bengkel sertu. Beruntung sungguh peserta #HET01 ni 😁
Disini kami didedahkan dengan perkhidmatan pengilangan DCH yang mempunyai sijil Halal, food safety, makmal yang diiktiraf ISO dan lain-lain lagi.
Kami kemudianya dibawa ke salah satu tempat untuk melakukan aktiviti Sertu, yang di anjurkan oleh pakar sertu, @tmcdevelopment bersama Ustaz Yasir. Ustaz menerangkan kepada kami secara ringkas proses sertu menurut syarak dan pensijilan, seterusnya membimbing kami melakukan sertu. Otai-otai sertu lain juga membantu ustaz dalam membimbing peserta melakukan sertu.
DCH kemudianya menjamu peserta untuk minum petang, dan program sehari Edutourism pertama kami berakhir disini 🥰
Ribuan ucapan terima kasih kepada team Halal DCH atas kesudian menerima kami, serta tetap menjadi rakan setia @unitihalal @kolejunitiportdickson
Juga jutaan terima kasih dan tahniah kepada peserta yang datang dari jauh dan dekat bagi menyertai program Edutourism kami. Tak lupa kepada team #UHAC yang pagi petang siang malam bertungkus lumus bagi menjayakan program ini.
Next, jika ada permintaan, kami akan bawakan lagi program ini Insya-Allah. Bagi mana-mana syarikat yang berminat menjadi host, jangan malu untuk pm tepi 😊
Sehingga kita berjumpa lagi!

Coret-coret Peserta Halal Edutourism Siri 1

Halal Edutourism 2024

Pengalaman dan inisiatif yg menarik buat pemain industri. Terima kasih pada Uniti Team Amirul Azhan Ustaz Ahmad Aminurrashid Abd Aziz & Ustaz Elyas Harun dan yg lain.
Lawatan yg pertama di MyHac. Melihat fasiliti makmal analisis. Bagaimana salah 1 dari Unit Jakim menjalankan ujian dna & kimia, juga keperluan wajib bagi pemegang sijil halal.
Lawatan kedua di kilang Gardenia. Sejarah syarikat dan hospitality yg amat baik.
Lawatan yg ketiga di DCH Company. Company oem yg produce produk ternama, antara produknya adalah rahsia 😅 dan amali proses sertu yg dijalankan oleh TMC Development Ustaz Yasir
Terima kasih pada Ustazah Siti Salwa Abdul Ghani diatas peluang mengikuti program ni 🍄🍡🍢
Gambar agak berterabur tapi enjoy 👍🌟

LAWATAN HALAL EDUTOURISM BERSEMPENA PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKSEKUTIF HALAL 2024 KE PUSAT ANALISIS HALAL MALAYSIA (MyHAC)

Sifu2 halal saya dulu ni, ajarkan halal masa program HE. Dkt 15 tahun dah berlalu 😢. Terima kasih datang Ustaz Elyas, Ustaz Amin Aminurrashid dan peserta2 Halal Edutourism. Alhamdullilah, semoga MyHAC & Halal di Malaysia terus maju jaya.
Lawatan Halal Edutourism Bersempena Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2024 Ke Pusat Analisis Halal Malaysia Myhac

Want to join the next Halal Edutourism?

Click here for next Halal Edutourism journey!