Skip to main content

Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal (PEH) Tampil Lebih Unggul dan Berimpak Besar

Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2025 (PEH25) kembali lagi tahun ini, menghimpunkan barisan hadapan industri halal termasuk eksekutif halal, agensi kerajaan, institusi akademik, dan syarikat industri berkaitan halal.

Sejak pertama kali dianjurkan oleh Kolej UNITI Port Dickson dan UNITI Halal Centre (UHAC) pada tahun 2022, impak PEH semakin dirasai dalam kalangan pemain industri halal negara.

Misi Memperkasa Barisan Hadapan Industri Halal

Menurut Amir Hamzah Md Isa, Ketua Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, matlamat utama persidangan ini adalah untuk memperkasa dan meningkatkan kapasiti eksekutif halal yang memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan standard halal di lapangan.

“Melalui PEH25, kita mahu memperkukuhkan ilmu, kemahiran dan jaringan mereka agar terus kompeten dan berdaya saing di peringkat tempatan mahupun global,” katanya

Poster Peh 2025
peh25: perkasa eksekutif halal malaysia 10

Fokus Baharu: Pembangunan Bakat & Perkongsian Global

PEH25 menawarkan pengalaman berbeza daripada latihan rutin eksekutif halal.

Persidangan ini menyediakan ruang pembelajaran terbuka dengan pelbagai sesi interaktif termasuk forum, sesi soal jawab dan perkongsian tokoh seperti Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, serta tokoh industri halal dalam dan luar negara.

Peserta juga akan didedahkan kepada pelaksanaan konsep halal di negara bukan Islam — memberi perspektif global yang lebih luas terhadap cabaran dan peluang industri halal antarabangsa

Design Speaker Peh25 Mufti Wilayah
peh25: perkasa eksekutif halal malaysia 11

Halal Edutourism Antarabangsa Dilancarkan

Selepas kejayaan Halal Edutourism peringkat nasional yang dilancarkan sempena PEH24, edisi tahun ini memperkenalkan Halal Edutourism Antarabangsa.

Peserta berpeluang mengikuti program ke negara seperti Jepun dan Korea Selatan bagi melihat secara dekat bagaimana pelancongan halal dipromosikan di negara minoriti Muslim.

“Ini bukan lawatan biasa. Peserta akan melihat bagaimana mereka mempromosikan pelancongan halal, berbincang dengan pengamal industri dan memahami cabaran umat Islam minoriti. Ia pengalaman pendidikan yang unik dan membuka minda,” ujar Amir Hamzah

Peh25 Edutourism
peh25: perkasa eksekutif halal malaysia 12

Teknologi Baharu: AI, Blockchain & Halalpreneur

Edisi kali ini turut menampilkan topik baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Blockchain dalam industri halal, sejajar dengan trend digitalisasi global.

Selain itu, sesi Halalpreneur memperkenalkan usahawan tempatan yang berjaya membina empayar berasaskan prinsip halal — memberi inspirasi kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan halal.

Peh25 Halal Verification Blockchain And Ai
peh25: perkasa eksekutif halal malaysia 13

Sokongan Padu Kerajaan & Industri

PEH25 mendapat sokongan strategik daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Standard Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, serta Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Industri turut tampil memberi sumbangan melalui penajaan kewangan, barangan, dan hadiah kepada peserta.

Antara rakan strategik utama ialah Maybank dan Sinar Harian selaku media rasmi.

Meningkatkan Daya Saing Eksekutif Halal

Menurut Amir Hamzah, selepas dua hari persidangan, para peserta akan pulang ke organisasi masing-masing dengan ilmu dan semangat baharu.

“Jika kita ada 300 peserta mewakili 200 syarikat, impaknya besar apabila mereka membawa pulang idea dan nilai baharu yang dapat memperkukuh sistem halal organisasi masing-masing,” katanya

📅 Tarikh & Lokasi

28–29 Oktober 2025
📍 Bangi Avenue Convention Centre, Selangor

Sertai Kami di PEH25!

Daftar penyertaan dan semak maklumat penuh program di 👉: Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2025

Ingin Dapatkan Sebut Harga Rasmi?
Lengkapkan permohonan anda di 👉: Permohonan Sebut Harga PEH 2025

Leave a Reply